Thursday, February 11, 2010

Pengenalan PEP

PENGENALAN

Panitia Ekonomi, Perdagangan dan Prinsip Perakaunan merupakan salah satu panitia mata pelajaran di bawah Bidang Teknik Dan Vokasional.
Pengurusan Panitia Mata Pelajaran ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu;
i. Pengurusan dan pentadbiran panitia
ii. Pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan dan pentadbiran panitia mempunyai 4 proses iaitu merancnag, mengelola, memimpin dan mengawal.
Panitia mata pelajaran ini akan merancang, mengelola, melaksana dan membuat penilaian rancangan mengajar dan kerja bertulis setiap tingkatan. Di samping membincangkan mata pelajaran supaya dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga membincangkan masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengemukakan syor untuk menangani masalah yang dikenalpasti
Bidang kuasa panitia adalah seperti menentukan bahan-bahan keperluan panitia dan membeli/mencadangkannya bagi pihak sekolah. Menentukan program/aktiviti sepanjang tahun
Dengan kewujudan panitia ini, diharapkan dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran di bawahnya serta dapat melancarkan segala rancangan pihak sekolah dan seterusnya dapat memertabatkan kualiti dan kuantiti pendidikan negara.
Panitia ini di anggotai oleh 2 orang guru dan 3 mata pelajaran sahaja.

No comments:

Post a Comment